Ridván Messages

Malay · Universal House of Justice

Kata-kata terakhir dalam bab yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah Kepercayaan kini telah ditulis, dan halaman telah dibuka. Riḍván ini menandakan penamatan satu tahun yang luar biasa, dalam Rancangan Lima Tahun, dan daripada seluruh siri Rancangan-rancangan yang bermula sejak tahun 1996. Satu siri Rancangan-rancangan baharu sedang menyeru, dengan apa yang dijanjikan sebagai dua belas bulan saat yang amat penting sebagai permulaan bagi satu usaha sembilan tahun yang akan bermula pada Riḍván berikutnya. Kami melihat di hadapan kami satu komuniti yang telah membina kekuatan secara pantas dan sedang bersedia untuk mengambil langkah besar ke hadapan. Tetapi tidak harus ada ilusi tentang betapa besar usaha yang diperlukan untuk mencapai titik ini dan betapa sukar pengertian yang telah dikumpulkan sepanjang jalan ini: pembelajaran yang diperolehi akan membentuk masa depan komuniti, dan kisah-kisah bagaimana ia dipelajari memberi gambaran tentang apa yang akan menjelang.

Dekad-dekad menjelang tahun 1996, yang kaya dengan kemajuan dan pengertiannya yang tersendiri, tidak meninggalkan sebarang keraguan bahawa bilangan ramai di kebanyakan masyarakat akan bersedia untuk memasuki panji Akidah. Namun, walau saat-saat kemasukan berskala besar memberangsangkan, ia tidak sama dengan satu proses pertumbuhan mampan yang dapat dipupuk dalam pelbagai persekitaran. Persoalan yang mendalam telah dihadapi komuniti yang, pada masa itu, mempunyai pengalaman yang tidak cukup untuk menjawab dengan secukupnya. Bagaimanakah usaha-usaha yang bertujuan bagi peluasannya diteruskan seiring dengan proses pengukuhan dan menyelesaikan cabaran yang berlarutan, yang nampaknya sukar diselesaikan untuk mengekalkan pertumbuhan? Bagaimanakah individu, institusi dan komuniti dapat diperkembangkan agar mampu menterjemahkan ajaran-ajaran Bahá’u'lláh kepada tindakan? Dan bagaimanakah mereka yang tertarik kepada ajaran-ajaran dapat menjadi protagonis dalam satu daya usaha rohani sedunia?

Maka demikianlah, suku seabad yang lalu, komuniti Bahá’í yang masih mempunyai tiga Tangan Kepercayaan Tuhan dalam barisan hadapannya telah memulakan satu Rancangan Empat Tahun, yang dibezakan daripada rancangan-rancangan yang datang sebelumnya oleh tumpuannya pada satu tujuan yang tunggal: satu kemajuan yang besar dalam proses entry by troops. Tujuan ini kemudian menjelaskan siri Rancangan-rancangan yang selanjutnya. Komuniti telah pun memahami bahawa proses ini bukan sahaja kemasukan kumpulan-kumpulan besar dalam Akidah, mahupun ia akan muncul secara spontan; ia bermaksud peluasan dan pengukuhan yang bertujuan, sistematik, pesat. Kerja ini akan memerlukan penyertaan secara sedar jiwa-jiwa yang ramai, dan pada tahun 1996, dunia Bahá’í telah diarahkan untuk mengambil cabaran pendidikan secara meluas yang diperlukan. Ia telah diseru untuk menubuhkan satu rangkaian institut latihan yang ditumpukan pada menjanakan satu aliran individu-individu yang semakin meningkat yang dikurniai keupayaan-keupayaan yang penting untuk mengekalkan proses pertumbuhan.

Rakan-rakan telah memulakan tugas ini menyedari bahawa, meskipun dengan kemenangan-kemenangan mereka sebelum ini di lapangan mengajar, jelasnya mereka mempunyai banyak untuk dipelajari tentang keupayaan mana yang harus diperolehi dan, lebih penting lagi, bagaimana memperolehinya. Dalam pelbagai cara, komuniti akan belajar melalui tindakan, dan pembelajaran yang ia pelajari, setelah pembelajaran itu disuling dan diperhalusi dengan mengamalkannya di pelbagai persekitaran untuk satu jangka masa tertentu, akan akhirnya diterapkan dalam bahan-bahan pendidikan. Ia telah diiktiraf bahawa aktiviti-aktiviti tertentu adalah respons semula jadi kepada keperluan rohani sesuatu populasi. Kumpulan-kumpulan belajar, kelas-kelas kanak-kanak, perhimpunan-perhimpunan doa, dan kemudian kumpulan-kumpulan belia muda menonjol sebagai mempunyai kepentingan yang utama dalam hal ini, dan apabila ditenun bersama dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan, dinamik yang dijanakan akan membangkitkan satu corak kehidupan komuniti yang bersemangat. Dan apabila bilangan yang menyertai aktiviti-aktiviti teras ini bertambah, satu dimensi baharu telah ditambah kepada tujuan asalnya. Aktiviti-aktiviti ini telah menjadi portal yang melaluinya belia, orang dewasa dan seluruh keluarga daripada masyarakat luas dapat dipertemukan dengan Revelasi Bahá’u'lláh. Ia juga menjadi ketara betapa praktikal untuk mempertimbangkan strategi-strategi bagi kerja pembangunan komuniti dalam konteks “kluster”: satu kawasan geografik yang mempunyai saiz yang boleh diuruskan dengan ciri-ciri sosial dan ekonomi yang jelas. Satu keupayaan untuk menyediakan rancangan ringkas pada tahap kluster mulai dipupuk, dan daripada rancangan-rancangan tersebut, program-program pertumbuhan Akidah telah muncul, yang diatur dalam apa yang digelar kitaran aktiviti tiga-bulan. Satu titik kejelasan penting yang muncul sebelum ini: pergerakan individu melalui satu urutan kursus memberikan dorongan kepada, dan sedang dikekalkan oleh, pergerakan kluster di sepanjang satu kontinuum perkembangan. Hubungan saling melengkapi ini telah membantu rakan-rakan di merata tempat untuk menilai dinamik pertumbuhan di persekitaran mereka sendiri dan mencartakan satu jalan ke arah kekuatan yang meningkat. Dengan berlalunya masa, ia terbukti bermanfaat untuk melihat apa yang berlaku di sesebuah kluster daripada perspektif tiga imperatif pendidikan-yang berbakti kepada kanak-kanak, belia muda, dan belia serta orang dewasa-dan juga daripada perspektif kitaran aktiviti yang penting bagi ritma pertumbuhan. Separa jalan dalam satu daya usaha dua puluh lima tahun, kebanyakan ciri proses pertumbuhan yang paling ketara kita dapat lihat pada hari ini sedang menjadi kukuh.

Apabila usaha rakan-rakan digiatkan, pelbagai prinsip, konsep dan strategi secara universal berkait kepada proses pertumbuhan mulai terbentuk dalam satu kerangka tindakan yang dapat berkembang untuk menerima elemen-elemen baharu. Kerangka ini terbukti penting kepada pembebasan semangat yang amat hebat. Ia membantu rakan-rakan untuk menyalurkan tenaga mereka dalam cara yang, ditunjukkan melalui pengalaman, sesuai bagi pertumbuhan komuniti-komuniti yang sihat. Tetapi sebuah kerangka bukanlah satu formula. Dengan mengambil kira pelbagai elemen bagi kerangka semasa menilai realiti sesebuah kluster, kawasan tempatan, ataupun satu kejiranan, satu corak aktiviti dapat diperkembangkan yang dikumpulkan daripada apa yang seluruh dunia Bahá’í sedang pelajari sementara masih menjadi respons kepada ciri khusus tempat tersebut. Satu dikotomi antara syarat-syarat yang tegar dari satu segi dan pilihan peribadi yang tak terhad pada segi yang lain telah mengakibatkan pemahaman yang lebih bernuansa tentang kepelbagaian sarana yang mana individu-individu dapat menyokong satu proses yang, pada pusatnya, bersepadu dan terus diperhalusi apabila pengalaman dikumpulkan. Janganlah wujud sebarang keraguan tentang kemajuan yang telah digambarkan oleh kemunculan kerangka ini: implikasi bagi mengharmonikan dan menyatukan daya usaha seluruh dunia Bahá’í dan bagi mendorong pergerakannya ke hadapan mempunyai kepentingan yang besar.

Setelah satu Rancangan menyusuli yang sebelumnya, dan penglibatan dengan kerja pembangunan komuniti menjadi lebih luas, kemajuan pada tahap budaya menjadi lebih jelas lagi. Misalnya, kepentingan untuk mendidik generasi muda semakin dihargai, seperti juga potensi luar biasa yang terutamanya ditonjolkan oleh belia muda. Jiwa-jiwa yang membantu dan menemani satu sama lain dalam satu jalan bersama, sentiasa meluaskan lingkungan sokongan bersama, telah menjadi corak yang diingini dalam semua usaha yang bertujuan untuk memperkembangkan keupayaan untuk berkhidmat. Sedangkan interaksi rakan-rakan dalam kalangan mereka sendiri dan dengan orang sekitar mereka telah mengalami perubahan, apabila kesedaran telah dibangkitkan tentang kuasa perbualan bermakna untuk menyalakan dan menyemarakkan kepekaan rohani. Dan nyata sekali, komuniti-komuniti Bahá’í semakin mengamalkan orientasi pandang ke luar. Sebarang jiwa yang terbuka kepada visi Akidah dapat menjadi peserta yang aktif-bahkan seorang promoter dan fasilitator -bagi aktiviti-aktiviti pendidikan, perjumpaan ibadah dan elemen-elemen lain dalam kerja pembangunan-komuniti; daripada kalangan jiwa-jiwa tersebut, ramai yang akan menyatakan kepercayaan mereka kepada Bahá’u'lláh. Demikian, satu konsepsi proses entry by troops telah muncul yang semakin kurang bergantung kepada teori dan andaian dan lebih kepada pengalaman sebenar bagaimana bilangan besar dapat menemui Akidah, membiasakan diri dengannya, mengaitkan diri dengan tujuan-tujuannya, menyertai aktiviti-aktiviti dan perbincangannya, dan dalam kebanyakan kes memeluknya. Sesungguhnya, apabila proses institut diperkuat dari rantau ke rantau, bilangan individu yang mengambil bahagian dalam kerja Rancangan, meluaskannya juga kepada mereka yang baru saja berkenalan dengan Akidah, berkembang dengan pesatnya. Tetapi ini tidak didorong hanya pada pertimbangan nombor. Satu visi transformasi peribadi dan kolektif sedang berlaku pada masa yang sama, yang telah diasaskan di atas kajian Kalimat Tuhan dan satu penghargaan kepada keupayaan setiap orang untuk menjadi protagonis dalam drama rohani yang mendalam, telah meningkatkan satu rasa daya usaha bersama.

Salah satu ciri yang paling menonjol dan memberangsangkan dalam tempoh dua puluh lima tahun ini adalah khidmat yang diberikan oleh belia Bahá’í, yang dengan keimanan dan keberanian telah mengambil tempat mereka yang sah di barisan hadapan usaha-usaha komuniti. Sebagai pengajar Kepercayaan dan pendidik mereka yang muda, sebagai tutor-tutor bergerak dan pelopor-pelopor tempatan, sebagai koordinator kluster dan ahli-ahli agensi Bahá’í, para belia di kelima-lima benua telah bangkit untuk berkhidmat kepada komuniti mereka dengan pengabdian dan pengorbanan. Kematangan yang mereka telah tonjolkan, dalam melaksanakan tanggungjawab mereka yang mana bergantungnya kemajuan Rancangan Ilahi, adalah luahan semangat rohani mereka dan komitmen mereka untuk melindungi masa depan umat manusia. Dalam mengiktiraf kematangan yang semakin jelas ini, kami telah membuat keputusan bahawa, sejurus selepas Riḍván ini, sementara usia yang mana seseorang individu menjadi layak untuk berkhidmat dalam sesebuah Majlis Rohani masih kekal pada umur dua puluh satu, usia yang mana seseorang individu boleh mengundi dalam pemilihan Bahá’í akan diturunkan kepada umur lapan belas tahun. Kami tidak mempunyai keraguan bahawa belia Bahá’í di merata tempat yang mencapai usia ini akan menyangkal keyakinan kami pada kebolehan mereka untuk memenuhi secara “cermat dan teliti” “tanggungjawab suci” yang diseru kepada setiap pengundi Bahá’í.

*

Kami sedar bahawa, secara semula jadi, realiti-realiti komuniti amatlah berbeza.

Komuniti-komuniti nasional yang berlainan, dan tempat-tempat berlainan dalam komuniti-komuniti tersebut, memulakan siri Rancangan-rancangan ini pada titik perkembangan yang berbeza; sejak itu, ia juga telah berkembang pada kepantasan yang berbeza dan telah mencapai tahap kemajuan yang berbeza. Ini, sendirinya, bukan perkara baharu. Ia telah difahami bahawa keadaan di tempat-tempat berbeza, begitu juga darjah reseptiviti di sana. Tetapi kami juga melihat, satu arus yang membesar, yang mana keupayaan, keyakinan dan pengalaman terkumpul kebanyakan komuniti sedang meningkat, terdorong oleh kejayaan komuniti-komuniti saudara yang dekat dan jauh. Sebagai contoh, sementara jiwa-jiwa yang bangkit untuk membuka kawasan baharu pada tahun 1996 langsung tiada kekurangan dalam keberanian, keimanan dan pengabdian, hari ini rakan seperjuangan mereka di merata tempat sedang menggabungkan sifat-sifat itu dengan pengetahuan, pengertian dan kemahiran yang merupakan pengumpulan usaha seluruh dunia Bahá’í selama dua puluh lima tahun untuk mensistematik dan memperhalusi kerja-kerja peluasan dan pengukuhan.

Tanpa mengira titik permulaan sesebuah komuniti, ia telah memajukan proses pertumbuhan

apabila ia menggabungkan sifat keimanan, ketabahan dan komitmen dengan satu kesediaan untuk belajar. Malah, satu warisan yang disanjungi dalam siri Rancangan-rancangan ini adalah pengiktirafan meluas bahawa sebarang usaha untuk maju bermula dengan satu orientasi terhadap pembelajaran. Keringkasan panduan ini tidak mewajarkan sepenuhnya kepentingan implikasi yang menyusulinya. Kami tidak menafikan bahawa setiap kluster, dengan perjalanan waktu, akan maju di sepanjang kontinuum perkembangan; komuniti-komuniti yang telah maju paling pantas, berbanding dengan kluster yang mana keadaan dan kemungkinannya serupa, telah menunjukkan satu kebolehan untuk memupuk kesatuan fikiran dan untuk belajar tentang tindakan yang berkesan. Dan mereka telah melakukannya tanpa teragak-agak untuk bertindak.

Satu komitmen kepada pembelajaran juga bermaksud bersedia untuk melakukan kesilapan-dan kadang kala, tentunya, kesilapan membawa ketidakselesaan. Tidak menghairankan, kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan baharu diuruskan dengan kurang cekap pada mulanya kerana kurangnya pengalaman; kadang-kadang, sejenis keupayaan yang baru diperolehi hilang apabila sesebuah komuniti menjadi terlalu asyik dalam memperkembangkan keupayaan yang lain. Memiliki niat yang terbaik tidak memberikan jaminan terhadap membuat kesilapan, dan untuk beralih daripadanya memerlukan kedua-dua kerendahan hati dan ketakterikatan. Apabila sesebuah komuniti kekal yakin untuk menunjukkan kesabaran (forbearance) dan belajar daripada kesilapan yang biasanya berlaku, kemajuan tidak pernah jauh dari jangkauan.

Di pertengahan jalan melalui siri Rancangan-rancangan, penglibatan komuniti dalam kehidupan masyarakat mula menjadi tumpuan perhatian yang lebih langsung. Para penganut digalakkan untuk memikirkannya dari segi dua bidang daya usaha yang saling berhubung kait-tindakan sosial dan penyertaan dalam wacana semasa masyarakat. Ini, tentunya, bukanlah alternatif kepada kerja peluasan dan pengukuhan, apatah lagi mengalihkan perhatian daripadanya: ia memang wujud semula jadi dalamnya. Semakin besar sumber manusia yang dapat komuniti bergantung, semakin besar keupayaannya untuk membawa kearifan yang terkandung dalam Revelasi Bahá’u'lláh untuk menangani cabaran-cabaran semasa-iaitu untuk menterjemahkan ajaran-ajaran-Nya dalam realiti.

Dan hal ehwal umat manusia yang kacau-bilau sepanjang tempoh ini nampaknya menekankan betapa mendesak keperluannya bagi penawar yang dipreskripsikan oleh Pengubat Ilahi. Dimaksudkan dalam semua ini adalah satu konsepsi agama yang berbeza daripada apa yang sedang mengawal dunia pada umumnya: iaitu satu konsepsi yang mengiktiraf agama sebagai satu kuasa hebat yang memajukan tamadun yang sentiasa berkembang. Ia difahami bahawa tamadun seperti ini tidak akan muncul secara spontan, secara sendirinya-ia adalah misi para pengikut Bahá’u'lláh untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi kemunculannya. Misi sebegitu menuntut pengamalan proses pembelajaran sistematik yang sama kepada kerja tindakan sosial dan penglibatan dalam wacana awam.

Dilihat daripada perspektif dua dekad setengah yang lalu, keupayaan untuk melaksanakan tindakan sosial telah meningkat dengan ketara, membawa kepada satu kemekaran aktiviti yang luar biasa. Berbanding dengan tahun 1996, apabila 250 projek-projek sosial dan ekonomi telah dikekalkan dari tahun ke tahun, kini terdapat 1,500, dan bilangan organisasi yang diinspirasikan Bahá’í telah bertambah empat kali ganda melebihi 160 organisasi. Lebih daripada 70,000 inisiatif tindakan sosial akar umbi berjangka pendek telah dijalankan setiap tahun, iaitu satu peningkatan lima puluh kali ganda. Kami menantikan satu peningkatan yang berterusan dalam semua daya usaha ini yang terhasil daripada sokongan berdedikasi dan rangsangan yang kini diberikan oleh Organisasi Pembangunan Antarabangsa Bahá’í. Sementara itu, penyertaan Bahá’í dalam wacana semasa masyarakat telah juga bertambah dengan amat banyak. Selain banyak peluang yang mana rakan-rakan mendapati bahawa mereka dapat menawarkan perspektif Bahá’í dalam perbualan yang wujud dalam konteks kerja atau peribadi, penyertaan yang lebih rasmi dalam wacana-wacana telah maju dengan banyak. Kami sedang memikirkan bukan sahaja tentang usaha banyak yang diperluaskan dan sumbangan yang semakin sofistikated oleh Komuniti Bahá’í Antarabangsa-yang pada masa ini telah menambahkan Pejabat-pejabat di Afrika, Asia dan Eropah-tetapi juga kerja satu rangkaian Pejabat Hal Ehwal Luar nasional yang ditambahluaskan, dan diperkukuhkan, yang baginya bidang daya usaha ini menjadi tumpuan utamanya; sebagai tambahan, terdapat juga sumbangan penganut individu yang penuh berpengertian dan menonjol terhadap bidang-bidang yang khusus. Semua ini menjelaskan penghormatan, penghargaan dan kekaguman yang diluahkan berulang kali oleh para pemikir dan tokoh-tokoh terkenal dari setiap lapisan masyarakat terhadap Akidah, para pengikutnya dan aktiviti-aktiviti mereka.

Dalam mengimbas kembali keseluruhan tempoh dua puluh lima tahun, kami dikagumkan dengan banyak jenis kemajuan dunia Bahá’í yang telah berlaku secara serentak. Kehidupan intelektualnya telah berkembang maju, seperti yang ditonjolkan bukan sahaja dalam kemajuannya dalam semua bidang daya usaha yang telah dibincangkan, tetapi juga oleh bilangan jilid kesusasteraan berkualiti tinggi yang diterbitkan oleh pengarang Bahá’í, dalam pembangunan ruang-ruang bagi penerokaan disiplin-disiplin tertentu berdasarkan ajaran-ajaran, dan dengan impak seminar-seminar mahasiswa dan siswazah yang ditawarkan oleh Institute for Studies in Global Prosperity [ISGP], yang, dalam kolaborasi dengan institusi-institusi Kepercayaan, kini berbakti kepada belia Bahá’í di sekitar lebih daripada 100 buah negara. Usaha-usaha untuk membina Rumah-rumah Ibadat telah dipercepatkan dengan ketara. Rumah Ibadat Induk yang terakhir telah didirikan di Santiago, Chile, dan projek-projek untuk membina dua Mashriqu’l-Adhkár nasional dan lima tempatan telah dimulakan; Rumah-rumah Ibadat di Battambang, Cambodia, dan Norte del Cauca, Colombia, telah pun membuka pintu-pintunya. Rumah-rumah Ibadat Bahá’í, sama ada baru saja didedikasikan atau telah lama didirikan, semakin bertapak di hati kehidupan komuniti. Sokongan material yang ditawarkan oleh setiap lapisan penganut bagi begitu banyak daya usaha yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Tuhan tidak terhingga banyaknya. Ringkasnya dilihat sebagai sukatan tenaga rohani kolektif, kemurahan hati dan pengorbanan yang, pada suatu masa pergolakan ekonomi yang besar, aliran dana yang kritikal telah dikekalkan-malah, diperkuatkan-adalah paling menonjol. Dalam dunia pentadbiran Bahá’í, keupayaan Majlis-majlis Rohani Nasional untuk menguruskan hal ehwal komuniti mereka dalam kompleksiti mereka yang semakin meningkat telah dipertingkatkan dengan banyak. Mereka telah mendapat manfaat terutamanya daripada kolaborasi yang lebih tinggi dengan para Kaunselor, yang banyak membantu dalam mensistematikkan pengumpulan pengertian daripada akar umbi di sekitar dunia dan memastikan ia disebarluaskan. Ini juga adalah tempoh yang mana Majlis Bahá’í Serantau muncul sebagai satu institusi Kepercayaan yang mantap, dan di 230 rantau pada masa ini, Majlis-majlis Serantau dan institut-institut latihan yang mereka sedang uruskan telah membuktikan diri mereka amat penting bagi kemajuan proses pertumbuhan. Untuk meluaskan ke masa hadapan fungsi-fungsi Ketua Pemegang Amanah Ḥuqúqu’lláh, iaitu Tangan Kepercayaan Tuhan ‘Alí-Muḥammad Varqá, maka Lembaga Pemegang Amanah Ḥuqúqu’lláh Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 2005; pada hari ini ia menyelaraskan usaha-usaha tidak kurang daripada 33 buah Lembaga Pemegang Amanah Nasional dan Rantau di serata dunia, yang membimbing kerja sekitar lebih daripada 1,000 orang Wakil. Perkembangan-perkembangan yang berlaku di Pusat Bahá’í Sedunia pada tempoh yang sama ini adalah banyak: menyaksikan penyempurnaan Teres-teres Makam Báb dan dua bangunan di Arka serta permulaan pembinaan Makam 'Abdu'l-Bahá, selain daripada sebilangan projek untuk memperkukuh dan memelihara Tempat-tempat Suci Akidah yang berharga. Makam Bahá’u'lláh dan Makam Báb telah diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia, iaitu tempat-tempat yang tak terkira kepentingannya kepada umat manusia. Orang awam berduyun-duyun ke tempat-tempat suci ini dalam ratusan ribu, hampir satu juta setengah pada tahun-tahun tertentu, dan Pusat Sedunia sering mengalu-alukan ratusan penziarah serentak, kadang kala lebih daripada 5,000 orang dalam setahun, termasuk bilangan pelawat Bahá’í yang hampir sama bilangannya; kami gembira dengan bilangan yang meningkat serta puluhan bangsa dan negara yang berbeza dalam kalangan mereka yang memperoleh rahmat untuk berziarah. Penterjemahan, penerbitan dan penyebarluasan Teks-teks Suci telah juga amat dipercepatkan, seiring dengan pembangunan Bahá’í Reference Library, iaitu salah satu ahli keluarga laman-laman web yang paling terkenal terkait dengan Bahá’í.org, yang sendirinya kini tersedia dalam sepuluh bahasa. Sebilangan pejabat dan agensi telah ditubuhkan, ditempatkan di Pusat Sedunia dan di tempat lain, yang dipertanggungjawabkan untuk menyokong proses pembelajaran yang sedang mekar dalam pelbagai bidang daya usaha di sekitar dunia Bahá’í. Semua ini, saudari dan saudara kami dalam kepercayaan, adalah hanya sebahagian daripada kisah yang kami dapat ceritakan tentang hasil daripada pengabdian anda kepada Dia Yang telah Dipersalahkan oleh Dunia. Kami hanya dapat menggemakan kata-kata memilukan yang pernah disuarakan oleh Master yang dikasihi apabila, diselubungi emosi, Beliau melaungkan: “Oh Bahá’u'lláh! Apakah yang Engkau telah lakukan?”

*

Daripada panorama suku abad yang penting ini, kami kini menghalakan tumpuan kami pada Rancangan Lima Tahun baru-baru ini, satu Rancangan yang tidak seperti yang terdahulu dalam pelbagai cara. Dalam Rancangan ini kami menyarankan umat Bahá’í di dunia untuk mengambil apa yang mereka telah pelajari dalam dua puluh tahun yang lalu dan melaksanakannya sepenuhnya. Kami gembira bahawa harapan-harapan kami dalam hal ini telah tercapai lebih daripada jangkaan, namun sementara kami mengharapkan hal-hal hebat daripada pengikut Keindahan Yang Diberkati, perwatakan apa yang telah dicapai melalui daya usaha raksasa mereka amatlah menakjubkan. Ia adalah puncak suatu pencapaian sepanjang dua puluh lima tahun.

Rancangan ini terutamanya tidak dapat dilupakan kerana dibahagikan tiga oleh dua ulang tahun kedua ratus yang suci, setiap daripadanya telah merangsangkan komuniti-komuniti tempatan di seluruh dunia. Angkatan mereka yang setia telah menonjolkan, pada satu skala yang tidak pernah disaksikan dan dengan senang, satu keupayaan untuk melibatkan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat dalam merayakan kehidupan seorang Manifestasi Tuhan. Ia adalah satu petanda yang berkuasa bagi sesuatu yang lebih besar: iaitu kebolehan untuk menyalurkan pembebasan tenaga rohani yang amat banyak bagi kemajuan Kepercayaan. Begitu mengagumkan respons sehingga di kebanyakan tempat Akidah telah dikeluarkan daripada kekaburan pada tahap nasional. Di tempat yang tidak pernah diduga, malah tidak disangka-sangka, reseptiviti yang tinggi kepada Akidah menjadi ketara. Ribuan demi ribuan demi ribuan telah digerakkan melalui penemuan dengan semangat ibadah yang pada hari ini istimewa dalam komuniti Bahá’í di merata tempat. Visi bagi perkara-perkara yang dibolehkan melalui peringatan satu Hari Suci Bahá’í telah diperluaskan dengan banyaknya.

Pencapaian-pencapaian Rancangan ini, jika dalam kiraan angka, dengan cepat melebihi apa yang telah dicapai dalam Rancangan-rancangan sebelumnya sejak tahun 1996. Pada permulaan Rancangan ini, keupayaan yang wujud bagi mengendalikan hampir lebih daripada 100,000 aktiviti teras pada suatu masa tertentu, iaitu satu keupayaan yang terhasil daripada daya usaha bersama selama dua puluh tahun. Kini 300,000 aktiviti teras sedang dikekalkan secara serentak. Penyertaan dalam aktiviti-aktiviti itu telah meningkat melebihi dua juta, yang juga hampir kepada peningkatan tiga kali ganda. Terdapat 329 institut latihan nasional dan rantau yang beroperasi, dan keupayaan mereka terbukti oleh fakta bahawa tiga suku daripada sejuta orang telah dibolehkan untuk menyiapkan sekurang-kurangnya satu buku dalam urutan; secara keseluruhannya, bilangan kursus yang disiapkan oleh individu kini adalah dua juta-satu peningkatan melebihi satu pertiga dalam lima tahun.

Intensiti meningkat yang mana program-program pertumbuhan di sekitar dunia sedang diusahakan menceritakan satu kisahnya tersendiri yang menakjubkan. Dalam tempoh lima tahun ini, kami telah meminta agar pertumbuhan dipercepat dalam setiap satu daripada 5,000 kluster di mana ia telah bermula. Imperatif ini telah menjadi dorongan bagi daya usaha bersungguh-sungguh di seluruh dunia. Hasilnya, bilangan program pertumbuhan intensif meningkat lebih daripada dua kali ganda dan kini kira-kira dalam 4,000. Kesukaran yang terlibat dalam membuka perkampungan dan kejiranan baharu kepada Akidah di pertengahan satu krisis kesihatan global, atau memperluas aktiviti-aktiviti yang berada pada tahap awal semasa bermulanya pandemik, telah menghalang satu jumlah pencapaian yang lebih tinggi dalam tahun terakhir Rancangan. Namun begitu, terdapat lebih banyak lagi untuk disampaikan daripada ini. Pada permulaan Rancangan, kami telah meluahkan harapan agar bilangan kluster di mana rakan-rakan telah melewati batu penanda ketiga di sepanjang kontinuum pertumbuhan, sebagai hasil daripada pembelajaran bagaimana mengalu-alukan bilangan besar ke dalam naungan aktiviti-aktivitinya, akan berkembang ratusan lagi. Jumlah tersebut pada masa itu di sekitar 200, daripada kira-kira 40 negara. Lima tahun kemudian, jumlah ini telah meningkat dengan menakjubkan kepada 1,000 dalam hampir 100 negara-sesuku daripada semua program pertumbuhan intensif di dunia dan satu pencapaian yang jauh melebihi jangkaan kami. Dan namun begitu bilangan ini tidak menjelmakan puncak tinggi yang mana komuniti telah capai. Terdapat lebih daripada 30 kluster yang mana bilangan aktiviti teras yang dikekalkan olehnya melebihi 1,000; di beberapa kawasan, jumlahnya beberapa ribu, yang melibatkan penyertaan lebih daripada 20,000 orang dalam satu kluster. Sejumlah Majlis Rohani Tempatan yang semakin meningkat kini menyelaraskan kemekaran program-program pendidikan yang menjaga hampir semua kanak-kanak dan belia muda di sesebuah kampung; realiti yang sama sedang mulai muncul di beberapa kejiranan bandar. Penglibatan dalam Revelasi Bahá’u'lláh telah, dalam contoh yang ketara, menjangkaui individu, keluarga dan saudara-mara-apa yang disaksikan sebagai pergerakan populasi ke arah satu pusat yang sama. Pada masa tertentu, permusuhan lama antara kelompok-kelompok yang bertentangan telah diabaikan, dan struktur-struktur sosial dan dinamik tertentu telah ditransformasikan berdasarkan ajaran-ajaran ilahi.

Kami tidak dapat menahan daripada berasa amat gembira pada kemajuan yang begitu mengagumkan. Kuasa pembangunan-masyarakat Akidah Bahá’u'lláh sedang dijelmakan dengan lebih jelas, dan ini adalah asas kukuh yang mana Rancangan Sembilan Tahun hadapan akan dibentangkan. Kluster-kluster yang mempunyai kekuatan yang menonjol, seperti yang telah diharapkan, telah terbukti sebagai takungan pengetahuan dan sumber kepada jiran-jiran mereka. Dan rantau-rantau di mana lebih daripada kluster seperti itu wujud telah dengan senangnya memperkembangkan sarana untuk mempercepat pertumbuhan di kluster demi kluster. Namun, kami berasa terdorong untuk menekankan semula, bahawa kemajuan ini hampir menyeluruh; perbezaan dalam kemajuan di satu tempat ke tempat yang lain hanyalah darjahnya. Pemahaman kolektif komuniti tentang proses entry by troops dan keyakinannya telah mampu merangsangkan proses ini di bawah sebarang set keadaan telah naik ke tahap yang tidak pernah dibayangkan dalam dekad-dekad yang lalu. Persoalan mendalam yang telah membimbangkan sekian lama, dan yang telah dibawa kepada tumpuan penuh pada tahun 1996, telah dijawab dengan penuh yakin oleh dunia Bahá’í. Terdapat satu generasi penganut yang keseluruhan kehidupannya tertera tanda kemajuan komuniti. Tetapi skala sebenar apa yang telah berlaku di kebanyakan kluster di mana wawasan pembelajaran sedang diperluaskan telah menukarkan suatu kemajuan yang besar dalam proses entry by troops kepada suatu kemajuan yang luar biasa dalam sejarah.

Ramai akan tahu tentang bagaimana Wali membimbing Zaman-zaman Akidah dalam epok-epok yang berturutan; epok kelima dalam Zaman Pembentukan bermula pada tahun 2001. Tidak ramai ketahui bahawa Wali juga membuat rujukan khusus kepada wujudnya epok-epok dalam Rancangan Ilahi, dan peringkat-peringkat dalam epok-epok tersebut. Dibiarkan selama dua dekad sementara organ-organ tempatan dan nasional Aturan Pentadbiran dinaikkan dan diperkuat, Rancangan Ilahi yang disediakan oleh 'Abdu'l-Bahá telah dimulakan secara rasmi pada tahun 1937 dengan permulaan peringkat pertama epok pertamanya: Rancangan Tujuh Tahun yang ditugaskan oleh Wali kepada komuniti Bahá’í Amerika Utara. Epok pertama ini ditutup selepas penamatan Perjuangan Sepuluh Tahun pada tahun 1963, yang telah menghasilkan panji Akidah dikibarkan di seluruh dunia. Peringkat pembukaan epok kedua adalah Rancangan Sembilan Tahun yang pertama, dan tidak kurang daripada sepuluh Rancangan telah mengikuti selepas permulaannya, Rancangan-rancangan yang telah bertempoh dari dua belas bulan kepada tujuh tahun. Pada permulaan epok kedua, dunia Bahá’í sudah menyaksikan permulaan-permulaan baharu entry by troops dalam Akidah yang telah diramal oleh Pengarang Rancangan Ilahi; dalam dekad-dekad yang seterusnya, generasi-generasi penganut yang setia dalam komuniti Nama Teragung telah bekerja dalam Kebun Anggur Ilahi untuk memupuk keadaan-keadaan yang diperlukan bagi pertumbuhan yang mampan dan berskala besar. Dan pada musim Riḍván yang teragung ini, betapa kayanya hasil buah-buahan kerja keras mereka! Fenomena bilangan yang besar sedang mengembangkan aktiviti-aktiviti komuniti, menyambut percikan keimanan dan dengan segera bangkit untuk berkhidmat di barisan hadapan Rancangan telah beralih daripada satu ramalan yang dikekalkan oleh kepercayaan kepada satu realiti yang berulang-ulang. Kemajuan yang begitu ketara dan menonjol menuntut catatan dalam sejarah Kepercayaan. Dengan hati yang sungguh gembira, kami mengumumkan bahawa epok ketiga dalam Rancangan Ilahi Master telah bermula. Peringkat demi peringkat, epok demi epok akan mekar Rancangan-Nya, sehingga cahaya Kerajaan menyinari setiap kalbu.

*

Rakan-rakan yang dikasihi, imbasan daya usaha lima tahun yang telah menamatkan epok kedua Rancangan Ilahi ini tidak akan lengkap tanpa rujukan khas kepada pergolakan yang telah melanda tahun terakhirnya dan masih lagi berlanjutan. Sekatan pada interaksi peribadi yang telah meningkat dan menurun di kebanyakan negara dalam tempoh ini mungkin telah memberikan tamparan yang hebat pada usaha-usaha kolektif komuniti, yang mana pemulihan daripadanya mungkin mengambil beberapa tahun, tetapi terdapat dua sebab mengapa ini bukanlah hal ehwalnya. Satu adalah kesedaran yang meluas tentang tanggungjawab umat Bahá’í untuk berkhidmat kepada umat manusia, lebih-lebih lagi dalam masa bahaya dan kesusahan. Yang lain adalah peningkatan keupayaan yang luar biasa dalam dunia Bahá’í untuk meluahkan kesedaran tersebut. Begitu biasa dengan penggunaan corak tindakan sistematik selama bertahun-tahun, rakan-rakan menggunakan kreativiti dan rasa tujuan mereka untuk menangani krisis yang tak diduga, sementara memastikan bahawa pendekatan-pendekatan baharu yang mereka perkembangkan bersepadu dengan kerangka yang mereka telah usahakan dalam Rancangan berturut-turut agar disempurnakan. Ini bukanlah untuk mengabaikan kesukaran serius yang dihadapi oleh umat Bahá’í, serupa dengan rakan sependuduk di setiap tempat; namun di sepanjang kesukaran yang perit, para penganut kekal tertumpu. Sumber-sumber telah disalurkan kepada komuniti yang memerlukan, pemilihan diteruskan apabila mungkin, dan dalam segala keadaan institusi Kepercayaan telah meneruskan pelaksanaan tanggungjawab mereka. Terdapat juga langkah-langkah berani ke hadapan. Majlis Rohani Nasional São Tomé dan Príncipe akan ditubuhkan semula pada Riḍván ini, dan dua tiang baharu Balai Keadilan Sedunia akan dinaikkan: iaitu Majlis Rohani Nasional Croatia, dengan tapaknya di Zagreb, dan Majlis Rohani Nasional Timor-Leste, dengan tapaknya di Dili.

Dengan itu Rancangan Satu Tahun bermula. Tujuannya dan keperluan-keperluannya telah pun ditetapkan dalam utusan kami yang dihantar pada Hari Waadat; Rancangan ini, walaupun singkat, akan cukup untuk menyediakan dunia Bahá’í bagi Rancangan Sembilan Tahun yang berikutnya. Satu tempoh kekuatan yang istimewa, yang dibuka pada seratus tahun selepas pembacaan Loh-loh Rancangan Ilahi, akan tak lama lagi ditutup dengan ulang tahun keseratus Kemangkatan 'Abdu'l-Bahá, yang menandakan penyimpulan abad pertama Zaman Pembentukan dan permulaan yang kedua. Angkatan yang setia memasuki Rancangan baharu ini pada masa apabila umat manusia, dihukum oleh pendedahan kepada serangannya, nampaknya lebih sedar akan keperluan untuk berkolaborasi dalam menangani cabaran-cabaran global. Namun, tabiat-tabiat berlarutan dalam persaingan, kepentingan diri, prasangka dan minda tertutup kekal menghalang pergerakan ke arah perpaduan, meskipun bilangan semakin besar dalam masyarakat yang menunjukkan dalam kata dan perlakuan betapa mereka, juga, menginginkan penerimaan semakin besar bagi kesatuan yang terwujud dalam umat manusia. Kami berdoa agar keluarga bangsa-bangsa akan berjaya mengetepikan perbezaan-perbezaan mereka demi kepentingan kebaikan bersama. Tanpa menghiraukan ketidakpastian yang mengaburi bulan-bulan ke hadapan, kami merayu kepada Bahá’u'lláh untuk menjadikan pengesahan yang telah mengekalkan para pengikut-Nya sebegitu lama bertambah banyak lagi, agar anda dapat melaksanakan misi anda, ketenangan anda tidak terganggu oleh pergolakan satu dunia yang mana keperluan bagi utusan penyembuh-Nya menjadi lebih mendesak.

Rancangan Ilahi memasuki satu epok baharu dan satu peringkat baharu. Halaman telah dibuka.

Satu tahun untuk persediaan dan renungan, serta usaha kerja yang besar, telah berakhir, yang telah dibezakan oleh usaha-usaha rakan-rakan di seluruh dunia untuk memperingati ulang tahun keseratus Kemangkatan ‘Abdu’l-Bahá, termasuk dengan menghantar perwakilan untuk menyertai satu acara istimewa bagi memperingati-Nya di Tanah Suci. Melalui usaha-usaha ini, inspirasi yang diberikan melalui kehidupan ‘Abdu’l-Bahá telah dirasai oleh jiwa-jiwa yang tak terkira dan bukan oleh umat Bahá’í sahaja. Keprihatinan-Nya terhadap setiap ahli dalam keluarga manusia, kerja mengajar-Nya, galakan-Nya dalam daya usaha pendidikan dan kebajikan sosial, sumbangan-sumbangan-Nya yang mendalam kepada wacana-wacana di Timur dan di Barat, dorongan tulus-Nya dalam projek-projek untuk membina Rumah-rumah Ibadat, usaha-Nya untuk mencorakkan bentuk awal dalam pentadbiran Bahá’í, pemupukan-Nya dalam pelbagai aspek kehidupan komuniti- semua aspek yang saling melengkapi ini dalam hidup-Nya adalah satu cerminan dedikasi-Nya yang berterusan dan sempurna untuk mengabdi kepada Tuhan dan berkhidmat kepada umat manusia. Lebih daripada menjadi tokoh yang unggul dalam autoriti moral dan berpengertian rohani yang hebat, ‘Abdu’l-Bahá adalah satu saluran suci yang melaluinya daya-daya yang dibebaskan oleh Revelasi Bahá’u’lláh dapat bertindak ke atas dunia. Untuk memahami kuasa pembangunan masyarakat yang dimiliki Akidah, seseorang tidak perlu lagi melihat pencapaian lain melainkan pencapaian-pencapaian ‘Abdu’l-Bahá semasa kementerian-Nya dan kesan-kesan transformatif dalam bimbingan yang telah mengalir tanpa henti daripada pena-Nya. Begitu banyak kemajuan menakjubkan yang telah dilakukan dalam komuniti Bahá’í pada masa ini-yang telah dikaji dalam utusan kami kepada anda pada Riḍván yang lalu-telah memperoleh asal-usulnya daripada tindakan-tindakan, keputusan-keputusan, dan arahan-arahan ‘Abdu’l-Bahá.

Demikianlah, betapa sesuainya penghormatan kolektif komuniti Bahá’í terhadap Teladan sempurnanya telah menjadi pendahuluan bagi mulanya satu daya usaha besar yang ditumpukan pada pembebasan kuasa pembangunan masyarakat Akidah dalam takat yang semakin besar. Bidang-bidang daya usaha yang tergolong dalam skop Rancangan Sembilan Tahun, dan dalam siri Rancangan semasa, adalah ditujukan ke arah penunaian objektif yang maha mencakupi ini. Ia juga adalah tumpuan bagi lebih daripada 10,000 persidangan yang sedang diadakan di seluruh dunia untuk menandakan pelancaran daya usaha hebat ini. Persidangan-persidangan ini, diharapkan untuk mengalu-alukan bilangan peserta yang tidak terkira, yang sedang mengumpulkan bukan saja umat Bahá’í tetapi juga ramai lagi penyokong umat manusia yang berkongsi dengan mereka satu keinginan yang mendalam untuk memupuk kesatuan dan dunia yang lebih baik. Kesungguhan dan rasa tujuan mereka yang kuat sedang ditonjolkan dalam semangat yang telah dijanakan dalam pertemuan-pertemuan yang telah diadakan, di mana para peserta telah didorong oleh kedinamikan musyawarah-musyawarah yang telah disumbangkan oleh mereka serta oleh visi kolektif yang telah diterokai dalam acara-acara yang penuh keriangan ini. Kami menantikan dengan penuh minat untuk melihat apa yang akan berlangsung dalam bulan-bulan dan tahun-tahun yang menjelang.

Sejak kami menghantar utusan kami bertarikh 30 Disember 2021 kepada Persidangan Kaunselor, Majlis-majlis Rohani Nasional dan Majlis-majlis Bahá’í Serantau telah menilai dengan teliti kemungkinan untuk menggiatkan proses pertumbuhan di kluster-kluster dalam jagaan mereka semasa Rancangan Sembilan Tahun. Kami berasa bahawa ia bermanfaat, bagi tujuan mengukur kemajuan yang dicapai kelak, untuk melihat Rancangan ini berkembang dalam dua fasa yang berdurasi empat tahun dan lima tahun, dan Majlis-majlis Nasional telah dijemput untuk mempertimbangkan kemajuan-kemajuan yang mereka harapkan dalam komuniti masing-masing menjelang Riḍván 2026 dan kemudian menjelang Riḍván 2031. Latihan ini juga melibatkan satu penilaian semula dalam sempadan-sempadan kluster, dan hasil pengubahsuaian ini adalah bahawa jumlah bilangan kluster di dunia telah meningkat satu perempat dan kini melebihi 22,000. Berdasarkan ramalan yang telah diterima, adalah dijangkakan bahawa, menjelang hujung Rancangan, suatu program pertumbuhan pada tahap perkembangan tertentu akan wujud dalam sekitar 14,000 daripada kluster-kluster ini. Daripada nombor ini, bilangan yang mana program pertumbuhan boleh dianggap intensif dijangka akan naik ke 11,000 dalam tempoh yang sama itu. Dan daripada nombor ini, adalah diharapkan bahawa bilangan kluster-kluster di mana batu penanda ketiga telah dilewati akan meningkat kepada lebih daripada 5,000 kluster menjelang 2031. Tentunya, untuk mencapai kemajuan-kemajuan sebegitu akan memerlukan usaha gergasi sepanjang seluruh tempoh Rancangan. Namun kami menganggap semua ini sebagai aspirasi-aspirasi patut yang harus diusahakan, kerana ia mewakili suatu penilaian yang bercita-cita tinggi tetapi serius bagi apa yang mampu dicapai.

Ini penuh bermakna. Objektif-objektif sebegitu tidak dapat difikirkan secara realistik jikalau institusi-institusi dan agensi-agensi pentadbiran tidak berkembang dengan amat ketara, memberikan mereka peningkatan keupayaan yang besar untuk menguruskan hal ehwal sesebuah komuniti yang mana aktiviti-aktivitinya telah berganda dengan begitu pantas, yang telah mencakupi sebilangan orang sejiwa yang semakin ramai. Tidak mungkin dapat mencita-citakan pertumbuhan sebegitu jika suatu keinginan untuk belajar-untuk bertindak, untuk merenung, untuk memperoleh pengertian, dan untuk menyerap pengertian yang muncul di tempat lain-tidak dipupuk pada semua tahap, lalu diperluaskan kepada akar umbi komuniti. Dan usaha yang dimaksudkan oleh unjuran tersebut nampaknya sukar dilaksanakan jikalau suatu pendekatan yang sistematik bagi kerja mengajar dan bagi pembangunan sumber manusia tidak terus dijelmakan di dunia Bahá’í. Semua ini telah membawa satu kemajuan dalam kesedaran komuniti Bahá’í tentang identiti dan tujuannya sendiri. Satu kesungguhan untuk berpandangan luar dalam proses pembangunan komuniti telah menjadi satu aspek budaya yang kukuh di semakin banyak tempat; ia kini telah mekar, di semakin banyak komuniti, menjadi satu rasa tanggungjawab sebenar dalam kemajuan rohani dan material kumpulan-kumpulan yang sedang membesar dalam masyarakat, yang menjangkaui keahlian dalam komuniti Bahá’í itu sendiri. Usaha-usaha rakan-rakan untuk membina komuniti, untuk terlibat dalam tindakan sosial, dan untuk menyumbang kepada wacana-wacana semasa dalam masyarakat telah disepadukan dalam satu daya usaha global, diikat bersama oleh satu kerangka tindakan yang sama, menumpu dalam membantu umat manusia untuk mendirikan hal ehwalnya pada asas prinsip-prinsip rohani. Kepentingan perkembangan-perkembangan yang telah kami gambarkan ini, yang mencapai titik ini seratus tahun selepas pengasasan Aturan Pentadbiran, tidak boleh dipandang ringan. Dalam peningkatan keupayaan yang luar biasa yang telah berlangsung dalam dua dekad yang lalu-dan yang telah memungkinkan dunia Bahá’í untuk melihat daya-daya usahanya dari segi pembebasan kuasa pembangunan masyarakat dalam Akidah-kita melihat bukti yang tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa Kepercayaan Tuhan telah memasuki epok keenam dalam Zaman Formatifnya. Kami mengumumkan pada Riḍván yang lalu bahawa fenomena tersebar luas dalam bilangan besar yang menyertai aktiviti-aktiviti Bahá’í, yang disinari keimanan, dan pemerolehan kemahiran-kemahiran dan kebolehan-kebolehan untuk berkhidmat kepada komuniti-komuniti mereka telah menandakan bahawa epok ketiga dalam Rancangan Ilahi Master telah dimulakan; demikian, Rancangan Satu Tahun, semasa permulaannya dahulu dan pada pengakhirannya sekarang, telah menandakan satu set kemajuan-kemajuan bersejarah yang telah dilakukan oleh angkatan yang setia. Dan di ambang satu daya usaha yang baharu dan berkuasa, angkatan penganut yang bersatu ini bersedia untuk menyahut kesempatan-kesempatan yang terbuka luas di hadapannya.

Satu ciri utama dalam epok yang kini berakhir adalah pembinaan Rumah-rumah Ibadat benua yang terakhir dan permulaan projek-projek untuk mendirikan Rumah-rumah Ibadat pada peringkat nasional dan tempatan. Banyak yang telah dipelajari, oleh umat Bahá’í di seluruh dunia, tentang konsep Mashriqu’l-Adhkár dan penyatuan ibadah dan khidmat yang terangkum dalamnya. Semasa epok keenam Zaman Formatif, banyak lagi akan dipelajari tentang jalan yang membawa daripada pembangunan dalam sesebuah komuniti yang mempunyai kehidupan ibadah yang kaya-serta khidmat yang diinspirasi olehnya-kepada kemunculan sebuah Mashriqu’l-Adhkár. Musyawarah sedang diadakan dengan sebilangan Majlis-majlis Rohani Nasional, dan semasa hal ini dilaksanakan, kami akan mengumumkan secara berkala tempat-tempat yang mana sebuah Rumah Ibadat Bahá’í akan didirikan dalam tahun-tahun yang menjelang.

Keriangan kami dalam melihat komuniti Nama Teragung bergerak dari kekuatan demi kekuatan telah dipengaruhi oleh kepiluan kami kerana melihat keadaan-keadaan dan konflik-konflik di dunia yang berterusan yang telah menimbulkan kesengsaraan dan penderitaan yang teruk-terutamanya, dengan melihat munculnya kembali daya-daya pembinasaan yang telah mengganggu hal ehwal antarabangsa sementara menimbulkan ketakutan dalam populasi-populasi. Kami sedia tahu dan sedang ditenangkan bahawa, seperti yang telah ditunjukkan oleh komuniti-komuniti Bahá’í secara berulang kali dalam banyak konteks yang berbeza, para pengikut Bahá’u’lláh sedang berkomited untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada orang di sekitar mereka, walaupun betapa sukarnya keadaan-keadaan mereka sendiri. Malangnya, selagi umat manusia secara keseluruhan tidak mengambil tanggungjawab untuk mendirikan hal ehwalnya pada asas keadilan dan kebenaran, ia ditakdirkan untuk terhuyung-hayang dari satu krisis ke krisis lain. Kami berdoa agar, jika letusan perang baru-baru ini di Eropah hendak menghasilkan sebarang pelajaran untuk masa depan, ia akan menjadi satu peringatan mustahak bagi perjalanan yang harus diambil oleh dunia jika ia ingin mencapai kedamaian yang sejati dan bertahan lama. Prinsip-prinsip yang telah dijelaskan oleh Bahá’u’lláh kepada raja-raja dan presiden-presiden zaman-Nya, dan tanggungjawab-tanggungjawab berat yang ditetapkan oleh-Nya kepada para pemerintah masa lampau dan masa ini, mungkin sesungguhnya lebih penting dan imperatif pada hari ini daripada masa apabila ia dicatatkan oleh Pena-Nya. Bagi umat Bahá’í, kemajuan tak terhalang Rancangan Besar Tuhan-yang membawa bersamanya kesukaran dan pergolakan, tetapi akhirnya mendorong umat manusia ke arah keadilan, kedamaian, dan kesatuan-adalah konteks yang dalamnya Rancangan Kecil Tuhan, yang mana penganut-penganut sedang memberikan tumpuan utama, sedang mekar. Keadaan masyarakat masa kini yang disfungsi telah menyebabkan keperluan bagi pembebasan kuasa pembangunan masyarakat Akidah menjadi semakin jelas dan mendesak. Kami hanyalah mampu mengharapkan bahawa, untuk masa ini, kekejangan dan gangguan akan terus menyerang dunia; demikian, anda akan sepastinya menghargai mengapa setiap permohonan bersungguh-sungguh yang kami panjatkan agar semua anak Tuhan dibebaskan daripada kebingungan dan kesukaran perit juga sedang diiringi doa-doa bersungguh-sungguh yang sama bagi kejayaan khidmat genting yang anda sedang tawarkan kepada Kepercayaan Putera Kedamaian.

Di setiap kluster di mana aktiviti-aktiviti Rancangan sedang meningkat momentum, kami melihat pembangunan komuniti-komuniti dengan sifat-sifat mulia yang kami telah gambarkan dalam utusan 30 Disember 2021. Apabila masyarakat-masyarakat mengalami tekanan yang pelbagai, para pengikut Keindahan Abhá harus menonjolkan diri dengan lebih lagi atas sifat-sifat ketahanan dan kerasionalan mereka, atas standard perlakuan mereka dan kepatuhan mereka kepada prinsip, serta atas kasih sayang, ketakterikatan, dan kesabaran yang mereka tonjolkan dalam usaha mereka ke arah kesatuan. Berulang kali, sifat-sifat dan sikap-sikap tersendiri yang ditunjukkan oleh para penganut sewaktu kesukaran runcing telah mendorong manusia untuk berpaling kepada umat Bahá’í untuk mendapat penerangan, nasihat, dan sokongan, terutamanya apabila kehidupan masyarakat telah dikucar-kacirkan oleh kesukaran dan gangguan yang tak diduga. Dalam berkongsi pemerhatian-pemerhatian ini, kami sedar bahawa komuniti Bahá’í sendiri juga sedang mengalami kesan-kesan daya disintegrasi yang sedang berlaku di dunia. Tambahan lagi, kami peka bahawa semakin besar usaha-usaha rakan-rakan untuk mempromosikan Kalimat Tuhan, semakin kuat lagi daya-daya timbal balik yang mereka akan hadapi, secara lambat-laun, daripada pelbagai pihak. Mereka harus mengukuhkan minda dan semangat mereka untuk menghadapi cubaan-cubaan yang sepastinya akan datang, jangan sampai mereka mengurangkan integriti daya-daya usaha mereka. Tetapi para penganut amat mengetahui bahawa apa sahaja ribut yang terletak di hadapan, bahtera Kepercayaan adalah setanding dengan semua ribut itu.

Peringkat-peringkat yang berikutnya dalam pelayarannya telah melihatnya menempuhi segala elemen dan meluncur ombak. Kini ia menuju ke arah satu ufuk baharu. Pengesahan-pengesahan Yang Maha

Kuasa adalah angin kencang yang meniup layarnya dan mengemudinya ke arah destinasinya. Dan Waadat adalah bintang kutubnya, dengan memastikan bahawa kapal layar suci tetap dalam perjalanannya yang tentu dan pasti. Semoga angkatan-angkatan syurga menghantar berkat-berkat ke atas semua yang belayar di dalamnya.

Kami berasa keriangan yang amat luar biasa untuk menulis kepada sebuah komuniti yang mana prinsip tinggi dan azam tingginya layak bagi tanggungjawab tingginya. Betapa agung, betapa amat agungnya cinta kami kepada anda, dan betapa melambung tinggi semangat kami apabila kami melihat usaha anda yang ikhlas dan berdedikasi untuk hidup dalam kehidupan yang dibentuk oleh Ajaran-ajaran Bahá’u’lláh dan untuk menawarkan air pemberi hidup Revelasi-Nya kepada sebuah dunia yang derita kehausan. Tujuan tinggi anda yang kuat adalah jelas kelihatan. Peluasan dan pengukuhan, tindakan sosial, dan penyertaan dalam wacana-wacana masyarakat sedang diteruskan dengan pantas, dan kesepaduan semula jadi daya-daya usaha ini pada tahap kluster menjadi semakin ketara lagi. Tiada tempat lain hal ini lebih jelas lagi melainkan di tempat-tempat di mana bilangan yang semakin ramai sedang terlibat dalam serangkaian daya usaha, setiap satunya sebagai sarana bagi membebaskan kuasa pembangunan masyarakat dalam Akidah.

Dalam dua belas bulan yang telah berlalu sejak permulaan Rancangan Sembilan Tahun, kami berasa gembira untuk melihat bagaimana daya usaha rohani global ini telah menginspirasi dan merangsangkan rakan-rakan dan memberikan dorongan kepada garisan tindakan yang khusus. Satu tumpuan segera adalah perlunya untuk melaksanakan rancanganrancangan yang memastikan bahawa, di setiap negara dan rantau, harus wujud sekurangkurangnya satu kluster di mana batu penanda ketiga telah dilewati: iaitu satu tempat di mana bilangan umat yang besar sedang bekerja bersama dan menyumbang kepada kehidupan satu komuniti yang bersemangat tinggi. Namun, sedar bahawa matlamat bagi tempoh dua puluh lima tahun ini adalah untuk menubuhkan satu program pertumbuhan intensif di setiap kluster di dunia, para penganut juga telah mulai membuka kluster-kluster baharu kepada Akidah serta mempergiat usaha-usaha mereka di tempat-tempat yang mempunyai program pertumbuhan yang sedia ada. Terdapat kesedaran yang semakin tinggi tentang peluang kepada pelopor-pelopor untuk bangkit di setiap pelusuk dunia -- ramai jiwa yang setia sedang mempertimbangkan bagaimana mereka dapat menyahut peluang ini, dan ramai lagi telah pun mengisi kekosongan, terutamanya di kawasan setempat tetapi juga semakin ramai di lapangan antarabangsa. Seperti yang kita harapkan, ini adalah salah satu daripada beberapa cara yang mana suatu semangat sokongan bersama telah diluahkan oleh rakan-rakan di setiap tempat. Komuniti-komuniti di mana kekuatan sudah dibina telah komited diri mereka untuk menyokong kemajuan yang sedang dilakukan di tempat yang lain -- di kluster, rantau, negara, malah di benua yang lain -- serta cara-cara kreatif telah dilihat dapat menawarkan galakan

dari jauh dan membolehkan pengalaman untuk dikongsikan secara langsung. Sementara itu, pendekatan asas dalam menggambarkan apa yang telah dipelajari dalam sesebuah kluster, agar ia dapat memaklumkan rancangan-rancangan yang dibuat di kawasan setempat dan di tempat yang lain, sedang diamalkan secara meluas. Kami dengan suka citanya melihat bahawa perhatian khusus sedang ditumpukan untuk mempelajari bagaimana mempertingkatkan kualiti pengalaman pendidikan yang ditawarkan oleh institut. Apabila proses institut berakar umbi dalam sesebuah komuniti, kesan-kesannya amatlah dramatik. Misalnya, saksikan pusat-pusat aktiviti giat di mana para penduduknya telah menganggap institut latihan sebagai suatu alat yang berkuasa yang dimiliki oleh mereka sendiri: iaitu alat yang adalah tanggungjawab utama mereka untuk memastikan perkembangannya yang mapan. Ketahui dengan jelas bahawa pintu-pintu Akidah sentiasa terbuka luas, para penganut sedang belajar bagaimana memberikan galakan kepada mereka yang bersiap sedia untuk masuki. Untuk berjalan dengan jiwa-jiwa tersebut, dan untuk membantu mereka untuk melintasi ambang itu, adalah satu keistimewaan dan satu keriangan yang khas; dalam setiap konteks budaya, terdapat banyak yang harus dipelajari tentang kedinamikan saat pengiktirafan dan hak milik yang mendalam ini. Dan bukan itu sahaja. Sementara di kebanyakan kluster usahausaha untuk menyumbang kepada transformasi sosial sedang berada pada tahap-tahap awal, Majlis-majlis Rohani Nasional, senantiasa disokong dengan baik oleh para Kaunselor, secara aktif berusaha belajar lebih tentang bagaimana usaha-usaha ini muncul daripada proses pembangunan komuniti. Perbincangan tentang kesejahteraan sosial dan material sekumpulan manusia sedang dipupuk dalam kelompok-kelompok keluarga dan dalam komuniti-komuniti, sementara rakan-rakan juga sedang mencari cara untuk menyertai wacana-wacana bermakna yang sedang mekar dalam persekitaran terdekat mereka.

Antara semua yang telah kami gambarkan, tindakan-tindakan belia menyinari dengan terang-benderang. Jauh daripada hanya menjadi penyerap pengaruh yang pasif -- sama ada pengaruh itu tidak berbahaya atau sebaliknya -- mereka telah membuktikan diri mereka berani dan protagonis yang bijak dalam Rancangan. Di mana sebuah komuniti telah memandang mereka dalam cara ini dan mewujudkan keadaan-keadaan bagi kemajuan mereka, belia telah membuktikan benar keyakinan yang ditunjukkan terhadap diri mereka. Mereka sedang mengajar Akidah kepada rakan-rakan mereka dan menjadikan khidmat sebagai asas kepada persahabatan yang lebih bermakna. Sering kali, khidmat tersebut berbentuk mendidik golongan yang lebih muda daripada diri mereka sendiri -- dengan menawarkan golongan ini bukan sahaja pendidikan moral dan rohani, tetapi sering kali juga bantuan dalam persekolahan golongan ini. Dikuasakan dengan satu tanggungjawab suci untuk memperkuat proses institut, belia Bahá’í sedang memenuhi harapan-harapan tinggi kami.

Pentas bagi semua usaha ini adalah satu zaman yang amatlah terganggu. Terdapat pengiktirafan meluas bahawa struktur-struktur masyarakat semasa tidak bersedia untuk menangani keperluan-keperluan umat manusia dalam penyakit semasanya. Banyak yang dianggap secara meluas sebagai sesuatu yang tetap dan tidak goyah kini sedang dipersoalkan, dan huru-hara yang diakibatkan daripadanya sedang menghasilkan satu hasrat mendalam bagi satu visi yang menyatukan, sorakan suara-suara yang dilaungkan dalam sokongan bagi kesatuan, kesaksamaan, dan keadilan menunjukkan betapa ramai yang berkongsi aspirasiaspirasi ini untuk masyarakat mereka. Tentunya, tidak mengejutkan bagi seorang pengikut Keindahan Yang Diberkati bahawa kalbu-kalbu mendambakan wawasan-wawasan rohani yang Baginda telah kemukakan. Tetapi walau bagaimanapun kami merasakan ia menarik bahawa, dalam satu tahun apabila prospek bagi kemajuan kolektif umat manusia yang sering nampak suram, cahaya Akidah bersinar dengan kecemerlangan yang menakjubkan di lebih daripada sepuluh ribu persidangan, yang dihadiri hampir satu juta setengah orang, tertumpu pada sarana-sarana untuk mempromosikan wawasan-wawasan yang sama itu. Visi Bahá’u’lláh, serta nasihat-Nya kepada umat manusia agar bekerja dalam kesatuan bagi pembaikan dunia adalah pusat berkitarnya pelbagai elemen masyarakat telah dikumpulkan dengan penuh semangat -- dan tak hairanlah, seperti yang dijelaskan oleh 'Abdu'l-Bahá, "Setiap komuniti di dunia menemui dalam Ajaran-ajaran Ilahi suatu penunaian bagi aspirasiaspirasi tertinggi-Nya." Sebilangan penyokong dalam kalangan umat manusia mungkin pada awalnya tertarik kepada komuniti Bahá'í sebagai satu tempat perlindungan, iaitu pelindung daripada suatu dunia yang dipisahkan dan dilumpuhkan. Namun lebih daripada sebuah pelindung, apa yang mereka temui adalah jiwa-jiwa intim yang sedang bekerja bersungguhsungguh untuk membina semula dunia.

Banyak yang boleh ditulis tentang penyebaran geografik persidangan-persidangan, dorongan luar biasa yang ia telah janakan kepada Rancangan baharu ini, atau luahan-luahan keriangan dan semangat mendalam yang dibangkitkan daripada mereka yang telah menghadirinya. Tetapi dalam ayat-ayat singkat ini kami ingin membawa perhatian kepada apa yang persidangan ini maksudkan tentang perkembangan Kepercayaan. Ia adalah penjelmaan satu komuniti Bahá’í yang melihat pada persaudaraan, bukan perbezaan. Pandangan ini menjadikannya semula jadi untuk menerokai Rancangan Sembilan Tahun di perhimpunan-perhimpunan yang mana semua dialu-alukan. Rakan-rakan mempertimbangkan implikasi Rancangan bagi masyarakat mereka dalam lingkungan mereka yang bukan sahaja tergolongnya individu dan keluarga, tetapi pemimpin-pemimpin tempatan dan juga tokohtokoh berkuasa. Terkumpulnya begitu ramai orang dalam suatu tempat telah mewujudkan keadaan-keadaan bagi satu perbualan transformatif tentang kemajuan rohani dan sosial, iaitu perbualan yang sedang mekar di serata dunia. Sumbangan istimewa yang dapat dilakukan oleh perhimpunan-perhimpunan tersebut -- yang terbuka, memberangsangkan, dan pada masa yang sama bertujuan -- bagi suatu corak pembangunan komuniti yang semakin berkembang dalam suatu kluster adalah satu pembelajaran yang bernilai bagi institusi Bahá’í untuk diperhatikan bagi masa hadapan.

Dan begitulah angkatan yang setia memasuki tahun kedua dalam Rancangan dengan perspektif yang segar dan pengertian mendalam mengenai kepentingan apa yang mereka ingin capai. Betapa tindakan-tindakan akan kelihatan berbeza apabila dipandang dari sudut kuasa pembangunan masyarakat yang ia bebaskan! Prospek yang meluas ini mengizinkan suatu aktiviti yang mampan untuk dilihat sebagai lebih lagi daripada suatu tindakan khidmat yang terasing atau hanya satu poin data. Dari tempat ke tempat, inisiatif yang diusahakan sedang menonjolkan sebuah populasi yang belajar untuk mengambil tanggungjawab yang meningkat dalam mengemudi jalan perkembangannya sendiri. Transformasi rohani dan sosial hasil daripada itu menjelmakan dirinya dalam kehidupan penduduk melalui pelbagai cara. Dalam siri Rancangan yang lalu, ia boleh dilihat dengan paling jelas dalam promosi pendidikan rohani dan ibadah kolektif. Dalam siri Rancangan terbaru ini perhatian yang meningkat harus diberikan kepada proses-proses lain yang bertujuan untuk mempertingkatkan kehidupan sesebuah komuniti -- contohnya, dengan memperbaiki kesihatan awam, melindungi alam sekitar, atau menarik kuasa seni dengan lebih berkesan lagi. Apa yang diperlukan bagi semua aspek melengkapi dalam kesejahteraan sebuah komuniti untuk maju adalah, tentunya, keupayaan untuk terlibat dalam pembelajaran sistematik dalam semua bidang ini -- satu keupayaan yang mengambil pengertian yang timbul daripada Ajaran-ajaran dan takungan ilmu pengetahuan manusia yang terkumpul yang dijanakan melalui pertanyaan saintifik. Apabila keupayaan ini meningkat, banyak lagi akan dicapai di sepanjang dekad-dekad yang menjelang.

Visi pembangunan masyarakat yang meluas ini mempunyai implikasi yang jauh. Setiap komuniti sedang berada di jalannya sendiri ke arah penunaiannya. Tetapi kemajuan di satu tempat sering mempunyai ciri-ciri yang sama dengan kemajuan di tempat lain. Satu ciri adalah bahawa, apabila keupayaan meningkat dan kuasa-kuasa sebuah komuniti tempatan atau nasional telah digandakan, demikian, apabila masanya tiba, keadaan-keadaan yang diperlukan bagi kemunculan sebuah Mashriqu’l-Adhkár, yang telah dibentangkan dalam utusan Ridvan 2012 kami, akan ditunaikan tidak lama lagi. Seperti yang kami telah nyatakan dalam utusan kami kepada anda pada Ridván yang lalu, kami akan mengenal pasti secara berkala di mana sesebuah Rumah Ibadat Bahá’í akan didirikan. Kami dengan suka citanya, pada masa ini, menyeru penubuhan Rumah-rumah Ibadat tempatan di Kanchanpur, Nepal, dan Mwinilunga, Zambia. Tambahan lagi, kami menyeru bagi sebuah Rumah Ibadat nasional untuk didirikan di Kanada, dalam kawasan Ḥaẓíratu’l-Quds Nasional yang telah lama didirikan di Toronto. Projek-projek ini, dan lain yang akan ditubuhkan pada masa hadapan, akan dimanfaat oleh sokongan yang diberikan kepada Dana Rumah Ibadat oleh rakan-rakan di setiap tempat.

Amat banyaklah berkat-berkat yang dipilih oleh Tuhan yang pemurah untuk dikurniakan ke atas kekasih-kekasih-Nya. Amat tinggi seruannya, penuh indah prospeknya. Mendesaknya masa yang kita telah dipanggil untuk berkhidmat. Demikian, dengan penuh semangat doa-doa yang, bagi pihak anda dan usaha-usaha anda yang tak kenal lelah, akan kami pinta di Ambang Bahá’u’lláh.

Dua tahun dalam daya usaha sembilan-tahun yang mencabar telah berlalu dengan pantas. Rakan-rakan Tuhan telah menetapkan objektif-objektifnya dengan kukuh di dalam hati. Di sekitar dunia Bahá’í terdapat pendalaman pemahaman yang meningkat tentang apa yang diperlukan untuk melanjutkan lagi proses pembangunan komuniti dan memberi kesan kepada transformasi sosial yang mendalam. Tetapi dengan berlalunya setiap hari, kita juga melihat keadaan dunia yang semakin tambah terdesak, yang perpecahannya semakin teruk. Tekanan-tekanan yang memuncak dalam masyarakat dan antara negara telah mempengaruhi orang-orang dan tempat-tempat dalam pelbagai cara.

Ini menuntut daripada setiap jiwa yang teguh satu respons. Kita semua amatlah sedar bahawa komuniti Nama Teragung tidak boleh berharap untuk tak terjejas oleh keperitan masyarakat. Namun, meskipun ia terkesan oleh kesukaran-kesukaran ini, ia tidak dikelirukan olehnya; ia berasa sedih atas kesengsaraan umat manusia, tetapi tidak dilumpuhkan olehnya. Keprihatinan tulus harus menggerakkan usaha mampan untuk membina komuniti-komuniti yang menawarkan harapan sebagai ganti kepada putus asa, kesatuan sebagai ganti kepada konflik.

Shoghi Effendi telah menggambarkan dengan jelas bagaimana proses “kemerosotan progresif dalam hal ehwal manusia” sedang berlaku selari dengan satu lagi proses, iaitu proses integrasi, yang mana melaluinya “Bahtera keselamatan manusia”, “tempat perlindungan utama” masyarakat, akan didirikan. Kami berasa riang untuk melihat, di setiap negara dan rantau, pengamal sejati bagi keamanan sedang sibuk dalam membina tempat perlindungan ini. Kami melihatnya di dalam setiap kisah seorang kalbu yang diterangi dengan cinta kepada Tuhan, sebuah keluarga yang membuka rumahnya kepada rakan-rakan baharu, para kolaborator yang menggunakan ajaran-ajaran Bahá’u’lláh untuk menangani suatu masalah sosial, sebuah komuniti yang mengukuhkan budaya sokongan bersama, sebuah kejiranan atau perkampungan yang belajar untuk memulakan dan mengekalkan tindakan yang diperlukan bagi kemajuan rohani dan materialnya, sebuah lokaliti yang diberkati dengan kemunculan Majlis Rohani yang baharu.

Kaedah-kaedah dan peralatan Rancangan mengizinkan setiap jiwa untuk menyumbang sebahagian daripada apa yang diperlukan oleh umat manusia pada hari ini. Jauh daripada menawarkan salva sementara bagi penyakit-penyakit masa kini, pelaksanaan Rancangan adalah sarana yang mana proses-proses pembangunan, berjangka panjang, yang berkembang dari generasi ke generasi, sedang digerakkan dalam setiap masyarakat. Semua ini mengarah pada satu kesimpulan yang mustahak dan tidak dapat dielakkan: Perlu ada peningkatan yang mampan dan pesat dalam bilangan mereka yang memberikan masa mereka, tenaga mereka, tumpuan mereka kepada kejayaan kerja ini.

Di manakah lagi dunia dapat mencari satu visi yang cukup luas untuk menyatukan semua elemen-elemennya yang berbagai melainkan dalam prinsip Bahá’u’lláh bagi kesatuan umat manusia? Dengan cara apakah lagi melainkan dalam menterjemahkan visi itu kepada satu aturan yang berdasarkan kesatuan dalam kepelbagaian barulah dunia ini dapat sembuh daripada keretakan sosial yang memecah-belahkannya? Siapakah lagi dapat menjadi ragi yang melaluinya umat di dunia dapat menemui cara hidup yang baharu, jalan bagi kedamaian abadi? Hulurkan kepada setiap orang tangan persahabatan, tangan daya usaha bersama, tangan khidmat beriringan, tangan pembelajaran kolektif, dan majulah sebagai satu.

Kami sedar tentang betapa banyaknya semangat dan kekuatan yang akan dijanakan oleh belianya di sebarang masyarakat, iaitu belia yang telah disedarkan dengan visi Bahá’u’lláh dan sedang menjadi protagonis dalam Rancangan. Dan begitulah, belia Bahá’í mestilah berazam dengan kebaikan hati yang mendalam, keberanian, dan kebergantungan sepenuhnya pada Tuhan untuk berhubung dengan rakan sebaya mereka dan membimbing mereka kepada kerja ini! Semua orang haruslah melonjak, tetapi belia haruslah terbang tinggi.

Keterdesakan saat ini tidak harus menutupi keriangan istimewa yang datang daripada khidmat. Seruan untuk berkhidmat adalah panggilan yang memberangsangkan, yang maha mencakupi. Ia menarik setiap jiwa yang setia, malah jiwa yang telah dibebani tanggungjawab-tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan. Kerana dalam segala cara yang menyibukkan jiwa yang setia itu boleh ditemui pengabdian yang berakar umbi dan keprihatinan seumur hidup bagi kebajikan orang lain. Sifat-sifat tersebut memberikan kesepaduan dalam satu hidup yang dipenuhi berbagai tuntutan. Dan saat-saat paling manis antara semuanya bagi sebarang kalbu yang diterangi adalah saat-saat yang dihabiskan dengan saudara mara rohani, dalam menjaga suatu masyarakat yang memerlukan makanan rohani.

Di dalam Makam-makam Suci, dengan kalbu-kalbu yang melimpah ruah, kami berterima kasih kepada Bahá’u’lláh kerana membangkitkan anda dan melatih anda dalam cara-cara-Nya, dan kami memohon Baginda untuk mengurniakan kepada anda berkat-Nya.